Rejim penjagaan kulit Herskin - KOSMO!


AMALAN turun-temurun dan petua orang lama menjadi panduan Hani Elia Rousli, 29, dalam menjaga kecantikan dan kesihatan kulit wajah. Keberkesanan madu sebagai penawar masalah kulit diakui Hani Elia yang dahulu sering membekukan hasil lebah itu bersama perahan lemon untuk digunakan kemudiannya.
Menginjak dewasa, pengasas label fesyen Muslimah tempatan, Al-Humaira Contemporary (Al-Humaira) itu masih meneruskan tradisi klasik tersebut.
Begitupun, kesukaran mendapatkan produk penjagaan kulit yang menggunakan bahan semula jadi seperti madu sebagai kandungan utama mengecewakan Hani Elia.
Lantas, dia mengambil keputusan mewujudkan jenama produk penjagaan kulit sendiri. Selepas enam bulan melalui proses penyelidikan dan pembangunan, terciptalah Herskin iaitu set penjagaan kulit berasaskan kandungan semula jadi tanpa bahan kimia berbahaya.
“Terlalu banyak lambakan produk dan kosmetik di pasaran tetapi tidak ada satu pun menepati keinginan saya. Tujuan Herskin dibangunkan adalah untuk mereka yang mahukan produk yang relevan digunakan untuk tempoh panjang,” jelas Hani Elia ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Mula dipasarkan pada penghujung Mei lalu, Herskin terdiri daripada empat produk penjagaan asas kulit iaitu pencuci muka, penyegar, krim siang dan krim malam. Ia diformulasi dari Switzerland dan disesuaikan mengikut kulit masyarakat Asia.
Sebagai set penjagaan kulit yang menerapkan konsep Flawless Skin Total Repair, Herskin cuba mendokong falsafah kecantikan dari sudut berbeza. Bukan fungsi pemutihan atau pencerahan dikejar jenama itu, sebaliknya ia cuba menekankan kepentingan kulit sihat berseri.
Digunakan bagi mengatasi masalah kulit, Herskin sesuai digunakan untuk semua jenis kulit tanpa mengira warna. Seperti yang dijelaskan Hani Elia, apalah maknanya kalau kulit putih dan cerah tetapi tidak sihat.
ukuran kecantikan seharusnya dinilai berdasarkan kesihatan kulit dan bukan berasaskan kecerahan warna kulit seseorang. Stereotaip sebegini perlu dihentikan agar lebih ramai wanita dapat menghargai tona kulit sendiri dan menumpukan kepada cara mendapatkan kulit sihat berseri.
Kombinasi bahan


Seperti produk penjagaan kulit yang lain, Herskin juga diperakui selamat dan diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun keistimewaan jenama ini terletak pada kombinasi bahan semula jadinya yang terbukti efektif bagi merawat, menyihat dan mencantikkan kulit.
Madu mendahului senarai kandungan yang berfungsi untuk mengatasi masalah kulit. kuasa minyak argan dalam dunia kecantikan juga bukan lagi rahsia, justeru ia dijadikan sebagai bahan utama dalam majoriti produk Herskin.

Minyak jojoba, ekstrak timun dan tumbuhan alpine dari Switzerland turut mengisi label kandungan jenama ini sekali gus membentuk 95 peratus ekstrak tumbuh-tumbuhan secara keseluruhan.
Disifatkan sebagai produk tanpa ekstrak haiwan, Herskin bagaimanapun tetap memilih kolagen ikan kod sebagai salah satu ramuan untuk produknya.
Menyentuh aspek pensijilan halal, Pengarah Urusan Herskin, Humaidi Fadzil, 32, meyakini produk mereka sebagai selamat dan sesuai digunakan semua pengguna termasuk orang Islam berikutan majoriti bahan semula jadi.
“Kebanyakan produk kecantikan yang memerlukan sijil halal adalah dalam bentuk suplemen yang perlu diminum atau dimakan. Kosmetik kurang diberi penekanan khususnya yang menggunakan tumbuh-tumbuhan.
“Kalau kelak sijil halal itu diperlukan, kami pasti membuat permohonan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,” ujar Humaidi yang juga suami kepada Hani Elia.
Sebelum dilancarkan, Herskin telah melalui proses percubaan dan menerima testimoni positif dari pengguna. Hani Elia sendiri telah mencuba produknya untuk tempoh lima bulan dan hasilnya amat memuaskan hati.

Sepanjang menggunakan set penjagaan kulit itu, Hani Elia mendapati masalah bintik gelap dan liang pori terbuka dapat diatasi dengan efektif. Jerawat yang baharu hendak tumbuh juga dapat dikecutkan sebelum ia sempat mencacatkan seri wajah.
Paling menarik ialah hasil yang diperoleh seorang pengguna yang mempunyai masalah resdung. Walaupun hidungnya gatal teruk selepas menggunakan set produk itu dalam tempoh tiga hari, masalah kegatalan akibat resdungnya banyak berkurang selepas dua minggu.
Kesannya, masalah jerawat dan kulit berminyak yang disebabkan kegatalan dapat diatasi.
Rejim peribadi
Selain menggunakan produk yang disasarkan kepada individu yang benar-benar menghargai penggunaan bahan semula jadi itu, Hani Elia juga mempunyai rejim peribadi untuk dikongsikan.
Amalan minum air kosong secukupnya mungkin agak klise tetapi itulah yang banyak membantu kesihatan kulitnya. Kebiasaan meneguk segelas air kosong sejurus bangun tidur juga membantu melancarkan sistem pencernaan pada waktu pagi.
Tambah Hani Elia, penggunaan pelembap dan krim pelindung matahari bersama nilai perlindungan yang secukupnya sangat penting bagi memelihara kesihatan kulit.
“Sebelum membeli krim pelindung matahari, periksa dahulu nilai perlindungannya. Kebiasaannya ia ditetapkan pada nilai SPF15++ atau SPF30++. Memandangkan negara kita beriklim tropika, krim pelindung dengan SPF30++ adalah paling sesuai,” saran Hani Elia.
Herskin dijual pada harga RM220 (Semenanjung Malaysia) dan RM230 (Sabah dan Sarawak) untuk satu set lengkap. Sebagai satu bentuk pendidikan kepada masyarakat agar menggunakan set lengkap sesuatu jenama, produk Herskin tidak dijual berasingan.
nak kulit yang bukan saja putih,cerah malah sihat sms/wasap 0166457167
untuk promosi & info terkini like R'aisy House & follow @raisyhouse